Penyedia Perkhidmatan Pengangkutan Awam Bas Ekspres Terbaik Di Malaysia.
Penyedia Perkhidmatan Pengangkutan Awam Bas Ekspres Terbaik Di Malaysia.
Penyedia Pengangkutan Bas Ekspres Sebagai Penghubung Destinasi Anda.
Penyedia Pengangkutan Terbaik,Selamat Dan Selesa Kepada Rakyat Malaysia.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas segala limpahan
rahmatNya, selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda. Terlebih dahulu saya
ucapkan selamat datang kepada para pengunjung laman sesawang EKSPRES PERDANA.
Saya berharap dengan kewujudan laman sesawang ini dapat menjadi sumber rujukan berguna dan
meningkatkan keyakinan para pengunjung untuk menggunakan perkhidmatan kami di mana ianya akan
berfungsi sebagai satu medium penghubung yang efektif di antara pihak Ekspres Perdana dan semua.
Saya juga telah menetapkan matlamat operasi Ekspres Perdana ini adalah bertujuan utama untuk
menyempurnakan hajat para pelanggan yang bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain untuk
pelbagai tujuan.
Antaranya adalah untuk urusan melanjutkan pelajaran, urusan kerjaya, urusan silaturrahim
dan tidak kurang juga mereka yang menggunakan kemudahan bas untuk tujuan pelancongan.
Justeru, saya dan seluruh warga kerja komited untuk terus mempergiatkan usaha bagi menambah baik
perkhidmatan selain memastikan pelanggan kekal selamat dan selesa sepanjang menggunakan
perkhidmatan EKSPRES PERDANA.
Untuk makluman semua, saya juga telah mewujudkan dua buah anak syarikat yang membawa jenama
LIENADIA EKSPRES dan DARUL IMAN EKSPRES sebagai melengkapkan lagi operasi perkhidmatan dan
sebagai inisiatif memenuhi kehendak pengguna.
Akhir kata, saya turut mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif anda semua bagi memantapkan
lagi kandungan laman sesawang EKSPRES PERDANA ini untuk manfat semua pihak di masa akan
datang.
Terima kasih atas sokongan padu yang diberikan dalam memastikan EKSPRES PERDANA terus menjadi
pilihan nombor satu rakyat Malaysia.
Sekian, Wassalamualaikum W.B.T.
TN. HJ. LAILI BIN. HJ. ISMAIL, PJK
Pengarah Urusan
Kumpulan Perdana
Tahun Pengalaman
Kakitangan
Bas
Ejen
Keselesaan penumpang menjadi keutamaan dan hal ini dipastikan melalui penawaran perkhidmatan dengan tempat duduk VIP 2+1,bas dilengkapi pendingin hawa,lampu pembaca,wifi & usb port charger.
Setiap kakitangan diwajibkan menjalani ujian air kencing bagi memastikan mereka bebas dari penyalahgunaan dadah.Mereka juga diterapkan dengan nilai-nilai murni dan pengurusan pelanggan melalui kursus-kursus motivasi yang dianjurkan oleh pihak syarikat.
Setiap kakitangan diwajibkan menjalani ujian air kencing bagi memastikan mereka bebas dari penyalahgunaan dadah.Mereka juga diterapkan dengan nilai-nilai murni dan pengurusan pelanggan melalui kursus-kursus motivasi yang dianjurkan oleh pihak syarikat.
Bas Dilengkapi dengan sistem GPS yang berfungsi mengawal had laju bas dan membantu pengurusan pelanggan yang lebih sistematik & efektif.
Alhamdulillah... terbaik sgt mudah dan cepat ✅
Terima kasih EkspresPerdana
Pelanggan
Terima Kasih kepada pemandu Ekspres Perdana, Puchong Prima KL 51 pada 24 Januari 2024,
sanggup kembali mengambil penumpang yang sedikit terlewat.
Pelanggan
Perdana ekspress ni la trip kl- klate selama 11 tahun ❤️❤️❤️
Pelanggan
Bas kesukaan sy ...selesa
Pelanggan