Loading...

Lot 50, Kg. Raja, Mukim Teluk Mesira, 16150, Kelantan

hq@ekspresperdana.my

Pencapaian

Ekspres Perdana telah dinobatkan sebagai “Best Operator” pada tahun 2016 oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Dan pada tahun 2017, sekali lagi Ekspres Perdana meneruskan kegemilangan dan mendapat gelaran “Best Operator” serta “Best Customer Service” untuk tahun 2017 yang juga dianugerahkan oleh SPAD.

Fasiliti

Ekspres Perdana dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang kondusif untuk kemudahan dan keselesaan semua kakitangan. Antaranya depoh yang memuatkan 120 buah bas pada satu masa, kemudahan bengkel penyelenggaraan untuk kemudahan servis dan baikpulih kenderaan, kaunter jualan tiket, tempat naik bas dan tempat menunggu untuk kemudahan pelanggan, serta bangunan pejabat yang menempatkan kakitangan mengikut unit masing-masing.


Aktiviti

Pelbagai pelan aktiviti melibatkan semua kakitangan Perdana Group telah dianjurkan sepanjang tahun. Objektif utama penganjuran adalah untuk memastikan tahap disiplin, pematuhan keselamatan sebelum, semasa dan selepas kerja, memupuk semangat kerjasama, serta kesedaran kepentingan memberikan perkhidmatan bas ekspres yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia.



Kebajikan

Ekspres Perdana mempunyai matlamat perniagaan selain daripada memberikan khidmat kepada masyarakat, turut mementingkan aspek kebajikan kakitangan serta orang awam yang merangkumi sumbangan dalam bentuk kewangan atau barangan, serta lain-lain bentuk bantuan langsung kepada yang memerlukan.



Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Program CSR merupakan satu komitmen tanggungjawab sosial Ekspres Perdana terhadap masyarakat terutamanya dalam usaha menambahbaik kesejahteraan serta membela kebajikan masyarakat sekaligus memberikan nilai tambah dalam menjadikan Ekspres Perdana berdaya saing dan mengikut aspirasi pembangunan mampan.