Loading...

Lot 50, Kg. Raja, Mukim Teluk Mesira, 16150, Kelantan

hq@ekspresperdana.my

Perdana Group

Syarikat Tiara Pesona Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Ekspres Perdana merupakan sebuah syarikat swasta milik bumiputra yang sentiasa berusaha menyediakan kemudahan pengangkutan awam bas ekspres yang komprehensif dan efisien kepada seluruh rakyat Malaysia. Rekod perkhidmatannya yang konsisten telah mendapat pengiktirafan sebagai Pengendali Terbaik dan Perkhidmatan Pelanggan Terbaik oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada tahun 2016 dan 2017.

Ekspres Perdana yang diterajui oleh Hj. Laili bin Hj. Ismail, Pengarah Urusan sejak 2009 dan berpusat di Kota Bharu Kelantan kini telah berjaya meluaskan sayap operasi ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia dengan kapasiti 90 unit bas dan 300 orang kakitangan. Perusahaan dikembangkan lagi dengan penubuhan dua anak syarikat yang membawa jenama Lienadia Express yang juga berpusat di Kota Bharu, serta Darul Iman Express yang berpusat di Kuala Terengganu.

“Realisasikan Destinasi Anda” adalah matlamat dan motto Ekspres Perdana yang unggul, dengan perkembangan yang pesat dari sektor perkhidmatan pengangkutan awam, maka kami telah mendefinisikan matlamat ini melalui penggunaan bas yang sentiasa baru dan lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti Global Positioning System (GPS), wifi, pendingin hawa, soket plug dan televisyen untuk keselesaan dan keselamatan penumpang.

Ekspres Perdana juga mengekalkan identiti “Bas Warna-Warni, Nombor Plat Ribu-Ribu” yang tersendiri dan istimewa khas buat para pelanggan yang sentiasa menyokong perkhidmatan kami. Keistimewaan inilah yang menjadikan bas Ekspres Perdana lebih menarik mata yang memandang disamping nombor pendaftarannya yang mudah untuk diingati oleh sesiapa sahaja yang melihat.

Bagi pihak pengurusan dan kakitangan sentiasa berusaha untuk menguruskan segala keperluan perkhidmatan dengan cara yang terbaik dan sedaya upaya memuaskan kedua belah pihak. Tiara Pesona Sdn Bhd (Ekspres Perdana) amat berharap agar segala matlamat dan usaha kami mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada semua pihak dan sama-sama dapat mencapai keunggulan yang diimpikan.

Objektif

Memberi perkhidmatan terbaik, selamat dan selesa kepada semua penumpang.
Menjaga kebajikan semua kakitangan.
Mencapai keuntungan maksima untuk perkembangan syarikat.

Visi

“Komitmen berterusan kearah menyediakan perkhidmatan bas bertaraf dunia yang boleh dipercayai, selamat dan selesa untuk semua pelanggan”

Misi

“Komited untuk menyediakan perkhidmatan bas yang cekap dan terbaik kepada semua rakyat Malaysia, disamping menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan seterusnya turut membantu perkembangan ekonomi Negara”